Wednesday, April 16, 2014

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MURID SK PEKAN RANAU 2014

            Pada 7 dan 8 mac 2014, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Displin SK Pekan Ranau telah menganjurkan kursus kepimpinan murid bagi tahun 2014. Kursus ini melibatkan 98 orang muird yang terdiri dari pengawas sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
 Objektif kursus ini adalah untuk memupuk sikap berani menjalankan tugas dan tangungjawab mereka sebagai pengawas, ketua kelas dam penolong ketua kelas. Disamping itu, bakat kepimpinan muird dapat disemai dari usia muda bagi melahirkan seorang pelajar yang berketarpilan dari segi displin.
            Kursus kepimpinan bermula pada jam 1.30 petang 7 mac 2014 iaitu pendaftaran peserta. Setelah selesai mendaftar, murid di beri taklimat ringkas oleh Pn. Sumaimah Bt. Yahaya selaku Pengarah Kursus Kepimpinan Murid 2014. Seterusnya, disusuli dengan ice breaking yang dikendalikan oleh guru UBK.
            Aturcara program seperti dilampiran 1, AJK Pelaksana seperti di lampiran 2 , perbelanjaan dan perolehan kewangan seperti dilampiran 3.
            Pada 2.45 petang, slot 1 ( Pengurusan diri : Aku Cantik, Aku Kemas ) bermula. Slot ini dikendalikan oleh Pn. Felicia Gabriel. Setelah habis slot 1, murid mengambil masa untuk minum petang dan berehat. Program diteruskan lagi dengan slot 2 ( Ciri-ciri seorang pemimpin ) yang dikendalikan oleh En. Paul Gambisir. Selesai slot 2, murid balik ke rumah masing-masing kerana kursus ini tidak ada aktiviti sebelah malam.
            Kursus kepimpinan murid 2014 bersambung pada 7.30 pagi 8 mac 2014. Aktiviti pertama ialah senaman pagi yang dikendalikan oleh En. Mohd. Syazwan Yusoff dengan Pn. Salbinawati Binti Wasin, Seterusnya murid mengambil sarapan pagi. Setelah sarapan pagi, slot 3 ( Asas Komunikasi seorang Pemimpin ) bermula.Slot ini dikendalikan oleh En. Roslan B. Asukiman. Diikuti dengan slot 4 ( Tanggungjawab dan peranan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas ) yang dikendalikan oleh Pn. Noorhayati Boon dan Pn. Sumaimah bt. Yahaya.
            Selesai slot 4, murid diberi rehat dan minum. Seterusnya, slot 5 bermula. Slot 5 ini dikendalikan oleh Pn. Else Mathew.  Selesai slot 5, murid dikejutkan dengan program sambutan hari jadi bagi murid yang lahir pada bulan mac. Aktiviti ini dikendalikan oleh En. Syazwan B. Yusoff.

            Penutupan kursus ini dirasmikan oleh guru besar SK Pekan Ranau. Kemudian murid makan tengahari dan bersurai pada jam 2.00 petang.


GAMBAR SEPANJANG BERLANGSUNG AKTIVITI KEPIMPINAN MURID 2014
Suasana sepanjang program

En. Roslan Sedang menyampaikan ceramah

Pn. Elsie tengah bersemangat memberi ceramah

Pengarah program memberi taklimat

Kejutan buat pelajar yang lahir bulan mac

Guru-guru bergambar...

Majlis Penutupan

pelajar menerima sijil penyertaan

Peserta terbaik menerima hadiah dari Penolong Kanan Pentadbiran

No comments:

Post a Comment