Wednesday, April 16, 2014

LAPORAN KEM KECEMERLANGAN 2014
PROGRAM AKU JANJI 5A TAHUN ENAM 2014
            Pada 1 april 2014, SK Pekan Ranau, mengadakan program Aku Janji 5A untuk murid tahun enam. Objektif program adalah untuk memberi gambaran jelas kepada murid tentang sasaran mereka dalam UPSR. Program ini dimulakan dengan kehadiran pelajar bersama ibubapa pada pukul 7.30 pagi. Seterusnya, pukul 8.00 pagi ketibaan YDP SK Pekan Ranau dan pada pukul 8.0 pagi ketibaan wakil PPD Ranau. Majlis dimulakan dengan lagu NegaraKU dan Sabah Tanah AirKu. Kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh ustaz Syazwan B. Yusuff.
            Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar adik Arief Iskandar. Seterusnya ucapan dari guru besar SK Pekan Ranau En. Mostajah @ Zainudin Dullah. Program disambung dengan ucapan dari YDP SK Pekan En. Kasinin B. Basir. Program disambung dengan ucapan dari wakil PPD Ranau dan seterusnya merasmikan program Aku Janji 5A Murid Tahun Enam 2014.
            Setelah selesai ucapan dari wakil PPD Ranau, majlis berehat sebentar. Program disambung dengan acara menandatangani sijil Aku Janji 5A murid tahun enam 2014 dihadapan guru besar SK Pekan Ranau dengan disaksikan oleh wakil PPD Ranau.
            Program ini melibatkan 77 orang murid tahun enam SK Pekan Ranau dan ibubapa hanya 59 orang sahaja yang hadir. Perbelanjawan program ini ditangung sepenuhnya oleh unit kecemerlangan.
            Program selesai pada pukul 12.00 tengahari. Diharap setelah mengikuti program ini, murid tahun enam akan mampu melakukan perubahan dalam akademik bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2014.

GAMBAR – GAMBAR PROGRAM AKU JANJI 5A 2014
Tetamu Kehormat Program Aku Janji 5A 2014
Ikrar Murid Tahun Enam

Ucapan Guru Besar SK Pekan Ranau


Ucapan Wakil PPD

Ucapan YDP PIBG SK Pekan Ranau


Ibubapa Selesai Menandatangani Sijil Aku Janji 5A anak masing-masing



Wakil PPD memerhatikan ibubapa menandatangani surat Aku Janji 5A

Guru Besar sebagai saksi menandatangani surat Aku Janji 5A


No comments:

Post a Comment