Wednesday, April 16, 2014
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK PEKAN RANAU: LAPORANKEM KECEMERLANGAN 2014PROGRAMAKU JANJI 5A T...
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK PEKAN RANAU: LAPORANKEM KECEMERLANGAN 2014PROGRAMAKU JANJI 5A T...: LAPORAN KEM KECEMERLANGAN 2014 PROGRAM AKU JANJI 5A TAHUN ENAM 2014 Pada 1 april 2014, SK Pekan Ranau, mengadakan program A...
LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN MURID SK PEKAN RANAU 2014
Pada 7
dan 8 mac 2014, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Displin SK
Pekan Ranau telah menganjurkan kursus kepimpinan murid bagi tahun 2014. Kursus
ini melibatkan 98 orang muird yang terdiri dari pengawas sekolah, ketua kelas
dan penolong ketua kelas.
Objektif kursus ini adalah untuk memupuk sikap
berani menjalankan tugas dan tangungjawab mereka sebagai pengawas, ketua kelas
dam penolong ketua kelas. Disamping itu, bakat kepimpinan muird dapat disemai
dari usia muda bagi melahirkan seorang pelajar yang berketarpilan dari segi
displin.
Kursus
kepimpinan bermula pada jam 1.30 petang 7 mac 2014 iaitu pendaftaran peserta.
Setelah selesai mendaftar, murid di beri taklimat ringkas oleh Pn. Sumaimah Bt.
Yahaya selaku Pengarah Kursus Kepimpinan Murid 2014. Seterusnya, disusuli
dengan ice breaking yang dikendalikan oleh guru UBK.
Aturcara
program seperti dilampiran 1, AJK Pelaksana seperti di lampiran 2 ,
perbelanjaan dan perolehan kewangan seperti dilampiran 3.
Pada
2.45 petang, slot 1 ( Pengurusan diri : Aku Cantik, Aku Kemas ) bermula. Slot
ini dikendalikan oleh Pn. Felicia Gabriel. Setelah habis slot 1, murid
mengambil masa untuk minum petang dan berehat. Program diteruskan lagi dengan
slot 2 ( Ciri-ciri seorang pemimpin ) yang dikendalikan oleh En. Paul Gambisir.
Selesai slot 2, murid balik ke rumah masing-masing kerana kursus ini tidak ada
aktiviti sebelah malam.
Kursus
kepimpinan murid 2014 bersambung pada 7.30 pagi 8 mac 2014. Aktiviti pertama
ialah senaman pagi yang dikendalikan oleh En. Mohd. Syazwan Yusoff dengan Pn. Salbinawati Binti Wasin, Seterusnya murid
mengambil sarapan pagi. Setelah sarapan pagi, slot 3 ( Asas Komunikasi seorang
Pemimpin ) bermula.Slot ini dikendalikan oleh En. Roslan B. Asukiman. Diikuti
dengan slot 4 ( Tanggungjawab dan peranan pengawas, ketua kelas dan penolong
ketua kelas ) yang dikendalikan oleh Pn. Noorhayati Boon dan Pn. Sumaimah bt.
Yahaya.
Selesai slot 4, murid diberi rehat
dan minum. Seterusnya, slot 5 bermula. Slot 5 ini dikendalikan oleh Pn. Else
Mathew. Selesai slot 5, murid dikejutkan
dengan program sambutan hari jadi bagi murid yang lahir pada bulan mac.
Aktiviti ini dikendalikan oleh En. Syazwan B. Yusoff.
Penutupan kursus ini dirasmikan oleh
guru besar SK Pekan Ranau. Kemudian murid makan tengahari dan bersurai pada jam
2.00 petang.
GAMBAR SEPANJANG BERLANGSUNG AKTIVITI
KEPIMPINAN MURID 2014
Suasana sepanjang program
En. Roslan Sedang menyampaikan ceramah
Pn. Elsie tengah bersemangat memberi ceramah
Pengarah program memberi taklimat
Kejutan buat pelajar yang lahir bulan mac
Guru-guru bergambar...
Majlis Penutupan
pelajar menerima sijil penyertaan
Peserta terbaik menerima hadiah dari Penolong Kanan Pentadbiran
LAPORAN
KEM KECEMERLANGAN 2014
PROGRAM
AKU JANJI 5A TAHUN ENAM 2014
Pada 1 april 2014, SK Pekan Ranau, mengadakan program Aku
Janji 5A untuk murid tahun enam. Objektif program adalah untuk memberi gambaran
jelas kepada murid tentang sasaran mereka dalam UPSR. Program ini dimulakan
dengan kehadiran pelajar bersama ibubapa pada pukul 7.30 pagi. Seterusnya,
pukul 8.00 pagi ketibaan YDP SK Pekan Ranau dan pada pukul 8.0 pagi ketibaan
wakil PPD Ranau. Majlis dimulakan dengan lagu NegaraKU dan Sabah Tanah AirKu.
Kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh ustaz Syazwan B. Yusuff.
Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan dari
wakil pelajar adik Arief Iskandar. Seterusnya ucapan dari guru besar SK Pekan
Ranau En. Mostajah @ Zainudin Dullah. Program disambung dengan ucapan dari YDP
SK Pekan En. Kasinin B. Basir. Program disambung dengan ucapan dari wakil PPD
Ranau dan seterusnya merasmikan program Aku Janji 5A Murid Tahun Enam 2014.
Setelah selesai ucapan dari wakil PPD Ranau, majlis
berehat sebentar. Program disambung dengan acara menandatangani sijil Aku Janji
5A murid tahun enam 2014 dihadapan guru besar SK Pekan Ranau dengan disaksikan
oleh wakil PPD Ranau.
Program ini melibatkan 77 orang murid tahun enam SK Pekan
Ranau dan ibubapa hanya 59 orang sahaja yang hadir. Perbelanjawan program ini
ditangung sepenuhnya oleh unit kecemerlangan.
Program selesai pada pukul 12.00 tengahari. Diharap
setelah mengikuti program ini, murid tahun enam akan mampu melakukan perubahan dalam
akademik bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2014.
GAMBAR
– GAMBAR PROGRAM AKU JANJI 5A 2014
Tetamu Kehormat Program Aku Janji 5A 2014
Ikrar Murid Tahun Enam
Ucapan Wakil PPD
Ucapan YDP PIBG SK Pekan Ranau
Ibubapa Selesai Menandatangani Sijil Aku Janji 5A anak masing-masing
Wakil PPD memerhatikan ibubapa menandatangani surat Aku Janji 5A
Guru Besar sebagai saksi menandatangani surat Aku Janji 5A
Subscribe to:
Posts (Atom)